~Darah cinta dijemarinya~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
                                                                                                                                                                
    Jarak umur mereka sangat jauh. Si lelaki berumur 80 tahun manakala si gadis berumur 18 tahun. Namun usia bukan penghalang cinta Nailah bin Al-Farafisyah terhadap suaminya, Utsman bin Affan. Mereka saling mencintai dan teguh membuktikan cinta mereka walau apapun yang dikatakan oleh teman-teman dan keluarga masing-masing.Mereka bernikah di Madinah Al-Munawwarah  dan mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Maryam.

   Ayah Nailah ialah seorang Nasrani dan Nailah bukan wanita Quraisy. Tetapi nama Nailah tetap terkenal kerana kecantikan wajahnya, kefasihannya ketika berhujah, keindahan kata-katanya ketika bermadah dan kebijaksanaanya ketika memberi pandangan. Walaupun usianya masih muda, Nailah mempunyai fikiran matang. Ini menjadikan Nailah salah seorang wanita yang paling menonjol di zamannya.

   Utsman sangat mencintai Nailah. Oleh kerana itulah beliau suka membelikan hadiah untuk Nailah.Baginya, hadiah itu masih tidak terbanding harganya dengan segala cinta,kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan Nailah terhadapnya.
 
    Utsman pernah memuji isterinya dengan berkata, " Tiada seorang wanita pun yang saya temui lebih sempurna akalnya dari Nailah. Saya tidak malu akalku dikalahkan oleh akalnya. "

    Utsman pernah menguji cinta Nailah di awal pernikahan mereka, " Mengapa engkau mahu menjadi isteriku sedangkan aku sudah tua?"

    Nailah dengan bijak menjawab, "Kau telah menghabiskan usia mudamu disamping Rasulullah. Itu lebih aku suka. "

    Cinta Nailah terhadap Utsman begitu mendalam sehingga beliau tidak pernah meninggalkan Utsman sendirian ketika rumah mereka dikepung oleh pemberontak yang mahu mengambil alih pemerintahan.

    Ketika para pemberontak itu menyerbu masuk ke rumah mereka, Utsman segera menyuruh Nailah memeakai penutup kepala. Setelah menutup rambutnya, Nailah melihat para pemberontak itu mula menyerang suaminya. Tanpa berlengah beliau merebahkan diri diatas Utsman manakala sebelah tangannya menahan pedang pemberontak itu sehingga beberapa jarinya putus. Nailah berusaha melindungi suaminya yang sudah lemah dari terus diserang. Tubuhnya sendiri sudah lencun dibasahi darahnya dan darah suaminya. Beliau bermati-matian mempertahan Utsman sebelum pembantunya datang tegopoh-gapah dan berjaya membunuh salah seorang pemberontak itu.

   Namun, Utsman berjaya dibunuh tanpa belas kasihan dan mayatnya dikelar-kelar. Nailah ditarik dari tubuh suaminya dan dilempar ke tepi lalu dipija-pijak. Hanya Allah yang membalas perbuatan kejam si durhaka itu!

   Tiada siapa yang berani menguruskan jenazah Utsman. Lalu Nailah meminta bantuan Jubair bin Hizam dan Huwaitib bin Abd Uzza. Itupun mereka cuma berani mengebumikan jenazah Utsman pada waktu malam. Dalam keadaan tubuhnya yang masih terluka dan langkah yang pincang kerana kesakitan, Nailah mengetuai mereka dengan membawa pelita bagi menerangi jalan yang gelap ketika menuju kekawasan perkuburan.

   Walaupun khalifah Utsman sudah lama meninggalkannya, beliau tetpa mencintai suaminya itu. Beliau masih bersedih dan dirundung duka. Cinta Utsman begitu melimpah dalam hatinya sehingga tiada sedikit pun ruang untuk cinta lain yang melamarnya.

    Ketika Mua'wiyah menghantar pinangan , Nailah dengan tegas menjawab, "Tiada tempat untuk orang lain dalam hatiku selain Utsman dan aku tidak akan menggantikan tempatnya dengan sesiapa sekalipun."

    Nailah juga telah mematahkan giginya yang cantik sehingga beliau kelihatan hodoh di mata orang. Seorang temannya betanya, "Mengapa kau mematahkan gigimu? "

    "Aku tidak mahu kesedihanku terhadap pemergian suamiku menjadi pudar. Dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku selain suamiku sendiri." jawabnya.

     Nailah meneruskan hidupnya sendirian. Beliau tidak pernah berkahwin lagi selepas itu. Besar cinta Nailah terhadap Utsman, setulus cinta Utsman tehadap Nailah. Berbahagialah dua hati yang slaing mencintai walaupaun tidak lama bersatu didunia. Dengan izin Allah, mereka akan kembali bertemu di syurga